APA KAITAN GARAM DENGAN RAWATAN UNTUK KESIHATAN?
ADAKAH GARAM BULUH SESUAI UNTUK RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT?
TIDAKKAH GARAM ITU MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?
1001 PERSOALAN MUNGKIN TIMBUL DALAM MINDA KITA. JADI, SAYA INGIN KONGSIKAN SUNNAH RASULULLAH UNTUK MENJAWAB SEMUA PERTANYAAN ITU?
GARAM DAN SUNNAH
Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai
kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan
garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda , “ Penghulu segala lauk pauk kamu
ialah garam”.
Hadis riwayat Ibnu Majah,
” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”
Hadis riwayat Al – Bazzar.
AMALKAN MEMAKAN GARAM ITU SUNNAH.
Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu
jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk
semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan
orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda
sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu
asingkan dari bekasnya.
Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling
kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem
penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui
( cara perubatan Rasulullah SA.W ).
Cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum
dalam keadaan perut kosong. Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2
hingga 3 liter padu air sepanjang hari.
Rasulullah S.A.W
memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains
bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan Menghindarkan
perut dari menyerap racun.
Sehubungan itu, Garam Buluh juga adalah garam yang asalnya dari air laut, iaitu anugerah Allah s.w.t kepada kita semua. Air laut khususnya di Pantai Barat Korea yang terpelihara daripada unsur pencemaran aktiviti manusia telah diambil dan dijemurkan di bawah terik cahaya matahari.
Garam laut yang dijemurkan itu tadi dimasukkan ke dalam buluh yang berusia 3 tahun yang dipilih khas dan dibersihkan secara tradisional. Buluh yang sudah diisi dengan garam tadi akan disumbat dengan tanah liat kekuningan. Tanah liat ini pula diambil di kawasan pendalaman Korea yang jauh dari unsur pencemaran aktiviti manusia. Tanah liat yang digali ke dalam tanah sedalam 20-60 meter.
Semua buluh yang mengandungi garam laut yang sudah ditutupi dengan tanah liat akan dimasukkan ke dalam relau bagas untuk dibakar dengan suhu yang tinggi sehingga mencecah 1000-1500 darjah celcius. Proses pembakaran dilakukan menggunakan kayu pokok pain dan resin [getah] pain untuk meningkatkan suhu panas. Buluh dan garam tadi akan hangus dibakar, kemudian mendidih mencair.
Proses pembakaran ini akan mengingkirkan semua unsur-unsur negatif dalam garam laut tadi seperti asid, logam berat, kimia dan unsur-unsur tercemar. Garam yang dibakar akan berubah bentuk menjadi cair dan membeku membentuk hablur. Garam ini akan dihancurkan menjadi serbuk halus dan dikenali sebagai Garam Buluh. Garam Buluh bersifat ALKALI dan kaya dengan 76 kandungan mineral yang amat sesuai untuk kesihatan kita.